Mengenai Kami

Foto saya
Adalah sebuah Pusat Rawatan Islam yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’ yang berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ianya adalah salah sebuah Cawangan Pusat Rawatan yang terdapat di dalam Negeri Selangor yang terletak di atas sebuah tanah persendirian yang diwakafkan oleh Tuan Penasihat Darussyifa’ Banting sendiri iaitu Tuan Haji Saharoni Bin Haji Jamil. Beliau adalah antara anak-anak murid terawal yang diijazahkan pengubatan Islam oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron Din.

Jumaat, 28 Januari 2011

Apakah alasan Syarak yang mengatakan Makhluk Halus boleh memudaratkan manusia?

Soalan
Tolong jelaskan dengan alasan syarak dan al-Quran atau as-Sunnah yang menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus seperti yang Dato’ terangkan dalam ruangan Dato’ sebelum ini boleh memberi bekas kepada manusia seperti menyakiti, mengenakan dengan penyakit ganjil atau menjadi penyebab permusuhan yang membawa kepada pembunuhan.
ABDUL HAKIM MOHD ZAIN, Setiawangsa

Jawapan
Asas yang perlu dipegang bahawa kebaikan dan keburukan, kebahagiaan dan kecelakaan pada umumnya datangnya daripada Allah SWT.
Makhluk halus secara khusus berdasarkan kepada al-Quranul Karim nyata bahawa mereka tidak boleh mengenakan kemudaratan, kesusahan dan kepayahan kepada manusia, melainkan dengan izin Allah SWT.
Firman Allah (mafhumnya):
“Dan tidak lah mereka itu (makhluk-makhluk halus) memberi kemudaratan sedikit pun kepadamu, mana-mana orang, melainkan dengan izin Allah SWT. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka”(Surah al-Baqarah, ayat 102)
Akan tetapi dengan izin Allah SWT. dengan sebab daripada perbuatan mereka, maka kemudaratan dan kesakitan boleh berlaku.
Ayat ini juga merujuk kepada ilmu sihir yang disebutkan sebelum ini, bahawa syaitanlah yang kufur, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir, salah satu daripada kebolehan ilmu sihir ini, mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Merujuk kepada Firman Allah (mafhumnya): “Dan ingatlah tentang hamba Kami, Ayub a.s. ketika dia menyeru bermunajat kepada Allah, dengan katanya, “Ya Allah sesungguhnya saya sedang dikenakan oleh syaitan dengan kepenatan yang amat sangat dan keazaban yang tiada tandingnya.” (Surah as-Saad, ayat 41)
Ayat ini merujuk kepada kisah Nabi Ayub yang terkena kemudaratan, sengsara badan angkara perbuatan syaitan. Walaupun ia jelas berlaku, tetapi dengan izin Allah SWT.

Dalam hadis-hadis yang sahih, banyak Nabi Muhammad saw menyimpulkan bahawa, memang syaitan merupakan musuh manusia dan mengenakan manusia dengan berbagai-bagai angkara.
Dalam hadis Sahih Muslim menceritakan kisah seorang pemuda yang menikam seekor ular yang masuk ke dalam rumahnya, ular itu menggelepar lalu mati, pemuda itu turut menggelepar dan berakhir dengan mati. Itu adalah angkara sebab musabab, membunuh seekor ular jelmaan makhluk halus.

Syaitan juga boleh menyebabkan permusuhan dan pembunuhan dikalangan manusia, tetapi dengan perantaraan insan juga sebagaimana yang beraku dalam kisah anak Nabi Adam, Qabil membunuh Habil, berikutan daripada perselisihan mereka, syaitan menguasai Qabil dengan perantara permusuhan dan kemarahan yang membara lalu dia membunuh Habil.
Merujuk kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang diceritakan Allah dalam firman-Nya (mafhumnya): “…..Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku, ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara dan Ia membawa kamu kemari dari desa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan hubungan antara daku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah lembut tadbir-Nya, bagi apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Yusuf, ayat 100)
Ayat ini menceritakan kisah mengenai abang-abang Nabi Yusuf, dihasut syaitan supaya membenci adik kandung mereka (Yusuf) sehingga tergamak mereka mengambil keputusan mencampakkannya ke dalam perigi buta.
Dibiarkan dalam keadaan begitu sama ada Yusuf mati atau diambil oleb mana-mana orang yang boleh memisahkan Yusuf daripada mereka, tetapi akhirnya Allah mengembalikan mereka dalam suatu ikatan persaudaraan yang amat unik.
Ayat ini juga menyebut dengan jelas, bahawa syaitan dengan jelas telah merosakkan hubungan anak-anak Nabi Yaakub a.s.

Jelas bahawa sememangnya al-Quranul Karim memaparkan kisah bahawa syaitan (dengan izin Allah SWT) menjadi penyebab dan mencetuskan kesengsaraan kepada manusia, tetapi situasi ini tidak banyak berlaku dan tidak ramai yang berjaya dikenakan oleh mereka (syaltan).
Dalam ayat-ayat lain Allah juga memberitahu bahawa syaitan boleh mengenakan sihir kepada manusia sebagaimana disebut juga dalam ayat 102 , Surah al-Baqarah.
Syaitan juga boleh membawa kesengsaraan sehingga manusia tidak sedarkan diri, dipanggil dengan ‘al-massu syaitan’ sebagaimana yang dijelaskan Allah SWT pada ayat 275, Surah al-Baqarah.
Firman Allah (mathumnya): “Dan jika engkau dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh imbasan hasutan daripada syaitan, mereka (ingat kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah al-A’raf, ayat 200~201)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa syaitan membawa kesakitan dan kesengsaraan kepada manusia. Oleh yang demikian, maka boleh kita mengambil kesimpulan bahawa berdasarkan kepada nas-nas syarak tadi, makhluk halus ini berupaya mengenakan pelbagai kesusahan dan kesengsaraan kepada manusia dengan izin Allah SWT.

Wallahu a’lam,

Isnin, 24 Januari 2011

Hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu Pengasih & Pembenci?



Soalan
Bolehkah dipercayai ada orang boleh membuat ilmu pengasih atau ilmu pembenci yang boleh didapati daripada pembuatnya dengan harga ribuan ringgit untuk tujuan pengasih atau pembenci. Bagaimanakah pandangan syarak dalam kes-kes seperti ini yang sering disebut berlaku dalam masyarakat kita?
FARAH WAHIDAH ISA
Pasir Puteh, Kelantan

Jawapan
Ilmu pengasih atan ilmu pembenci, ia merujuk kepada ilmu dan pengetahuan. Meski pun manusia diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Bagi limu pengasih atau ilmu pembenci, saya lebih cenderung untuk meletakkannya dalam kelompok ilmu sihir.
Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah SWT atau untuk memperbaiki diri, meningkatkan penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Itu memang dibenarkan kerana ia adalah usaha atas jati diri atau usaha ‘gentleman’ untuk menaik­kan prestasi diri sehingga dikasihi.
Tetapi mengikhtiarkan sesuatu limu yang diketahui sebagai ilmu pengasih, inilah yang sebagaimana disebut dalam hadis yang disabdakan oleh Rasulullah saw. yang mahfumnya; 

“Sesungguh­nya jampi mentera yang meng­gunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.” (Hadis sahih - Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Daud dalam sunannya)
Ibnu Mas’ud ketika menghurai makna perkataan ‘attiwalah’ me­ngatakan; “Ada sesetengah perempuan atau lelaki, mengguna­kan sejenis tangkal atau seumpamanya, dipakai pada dirinya dengan tujuan menambat atau menyebab­kan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka perbuatan itu adalah sejenis sihir.” Ertinya, Ibnu Mas’ud meng­anggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian tadi sebagai ‘at-tiwalah’, sebagai perbuatan syirik.
Dalam kitab Ibnu Mas’ud di halaman 32, juga ada menyebut yang bermaksud Hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti benang-benang dan simpulan padanya yang dibawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam ‘at-tiwalah’.
Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan dan bahan sihir yang kotor amat ditegah oleh Islam untuk mengamalkannya.
Demikian juga orang yang meng­gunakan kaedah yang sama untuk memisahkan seseorang dengan se­seorang yang lain apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih kerana Allah ataupun antara suami isteri yang rumah tangga mereka ru­kun damai, tidak dengan cara nyata, digunakan cara halus.
Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Saya rujuk dalam Tafsir al­-Qurthubi juzuk kedua halaman 55, dalam tafsiran petikan ayat ini menyebut; “Tidak boleh dinafikan bahawa sihir mempunyai kesan pada hati-hati manusia dengan memaksakan kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian yang melampau sehingga jika mereka bersuami isteri, pembenci itu boleh menyebabkan perceraian.”
Demikian juga perbuatan angkara makhluk halus ini boleh membolak-balikkan hati manusia, risau tidak menentu, sakit hati (menyampah) tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan.
Semua yang tersebut di atas dapat dilihat dengan nyata dalam penghidupan seharian, kalau ada yang mengingkarinya mereka adalah orang-orang yang sengaja keras kepala.
Pada saya angkara jahat ini memang boleh berlaku, ada orang yang benar-benar boleh melakukan ilmu yang salah ini, memang boleh berlaku dengan izin Allah SWT.
Ada pun sebahagiannya dilaku­kan oleh orang yang tidak mempu­nyai kebolehan tetapi sengaja melakukan temberang kononnya dia pandai ilmu pengasth, seba­Iiknya memperdayakan mangsa untuk tujuan mendapat keun­tungan.Memang berlaku, ramai yang tertipu, wang habis tetapi hajat tidak kesampaian.
Namun demikian, sama ada perbuatan itu sungguh-sungguh menjadi kerana kepakaran in­dividu tertentu atau dibuat tetapi tidak menjadi, kesemua perbuatan itu termasuk dalam perkara sihir yang ditcgah oleh syarak. Sebaiknya dielakan dan dijauhi.
Wallahu a’lam,

Jumaat, 21 Januari 2011

Penaiktarafan Bangunan Darussyifa' Banting

Pihak Pengurusan Darussyifa' Banting memohon maaf kepada pengunjung Pusat Rawatan di atas kerja-kerja penaiktarafan Bangunan..... 


Penambahan bilik rawatan
 Pembesaran ruang Solat
                                                                                                                        Dari sisi kiri bangunan 
                 

Khamis, 20 Januari 2011

Kelebihan Membaca Surah Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik"