Mengenai Kami

Foto saya
Adalah sebuah Pusat Rawatan Islam yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’ yang berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ianya adalah salah sebuah Cawangan Pusat Rawatan yang terdapat di dalam Negeri Selangor yang terletak di atas sebuah tanah persendirian yang diwakafkan oleh Tuan Penasihat Darussyifa’ Banting sendiri iaitu Tuan Haji Saharoni Bin Haji Jamil. Beliau adalah antara anak-anak murid terawal yang diijazahkan pengubatan Islam oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron Din.

Selasa, 31 Mei 2011

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum wr. wbt.

Kepada semua pesakit, waris & pengunjung Darussyifa’ Banting, memetik kepada KEPUTUSAN MESYUARAT AJK BIL. 3/2011 yang lalu, pihak pengurusan telah memutuskan bahawa:-

Segala urusan berkaitan PERMOHONAN SOLAT HAJAT (KHUSUS) yang sebelum ini dikendalikan oleh BIRO MAJLIS & KERAIAN telah di tukarkan pengurusannya ke BIRO PENGURUSAN DAKWAH Darussyifa’ Banting.

Merujuk kepada keputusan tersebut, dimaklumkan kepada mana-mana pihak yang ingin membuat PERMOHONAN SOLAT HAJAT (KHUSUS) tersebut diminta berurusan dengan perawat berikut:-

1.  Ust. Sa’aful Azhar Bin Zainuddin (012-6822556)
– Ketua Biro Pengurusan Dakwah
2.  Ust. Hj. Towil Bin Juraimi (013-3884646)
– AJK Biro Pengurusan Dakwah
3.  Ust. Hj. Mohd Rafedin Bin Rakiman (019-2214112)   – AJK Biro Pengurusan Dakwah

Sabtu, 28 Mei 2011

Darussyifa' Banting Kini Berwajah Baru...

Alhamdulillah... Dengan penuh rasa syukur di atas kurniaan Illahi, tanggal 16 April 2011 yang lalu Perasmian Bangunan Tambahan Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Banting telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru kami, Ustaz Dato' Dr. Haron Din. Majlis tersebut berjalan dengan lancar, alhamdulillah dengan kehendak dan izin dari Allah Subhanahu Wata'ala...

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN DARUSSYIFA' BANTING

























GAMBAR KENANG-KENANGAN BARISAN JAWATANKUASA & PERAWAT DARUSSYIFA' BANTING BERSAMA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN...

Pihak pengurusan mengucapkan ribuan penghargaan terima kasih di atas penat lelah kesemua barisan AJK yang terlibat di dalam persiapan majlis dari mula hingga akhir...
dan tidak lupa kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir dan meraikan majlis tersebut..

"BARAKALLAHU LAKUM, WA BARAKA A'LAIKUM.."

Khamis, 31 Mac 2011

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM???

-Risalah: Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Amalan Perubatan Tradisional

Seperti yang kita semua maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi.

Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya jampi.

Amalan Jampi Dalam Perubatan

Sabda Nabi Muhammad saw:

Maksudnya: Dari Auf bin Malek berkata: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahliyyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Baginda bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi jampimu itu. Tidak mengapa jampi-jampi itu selagi mana tidak mengandungi hal-hal syirik.

Menurut Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab Fatawa al Muasarah, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan tiga syarat:

1) Ia mestilah disasarkan kepada Allah Taala dan nama2Nya yang mulia.

2) Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata (bahasa) syang boleh difahami maksudnya.

3) Beriktikad bahawa ia tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah Taala jua.


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

Jampi yang diharamkan

Merupakan jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik,pemujaan jin,syaitan,menggunakan ilmu hitam atau sihir,mengandungi bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk seperti jampi yang dimulakan dengan bacaan bismillah , atau alhamdulillah dan disebut dengan nama hantu atau jin kemudian disudahi dengan ucapan ``Berkat kata lailahaillallah Muhammadar rasulullah``atau seumpamanya.

Selain itu, amalan seperti menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri iaitu ilmu kebal, ilmu pengasih ,ilmu pelemah hati ,ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampur adukkan adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran islam.

Allah telah berfirman dalam surah Yunus: Ayat 106, yang bermaksud:
``Dan janganlah engkau menyembah atau memuja selain dari Allah,yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudharat kepadamu.Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).``


Contoh amalan perubatan tradisonal yang tidak mengikut syariat islam.

1. Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin islam) dalam melakukan perawatan.

2. Pengamal menggunakan ilmu sihir,ilmu hitam,silap mata,tukang nujum dan ramalan tapak tangan.

3. Pengamalkan mengaitkan sesuatu pengeras dengan sesuatu akibat.

4. pengamal melakukan sesuatu perkara yang syirik seperti menyembelih binatang,sembah pantai,buang ancak dan lain-lain.

5. Pengamal menggunakan jampi yang tidak difahami.

6. pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampur aduk dengan ayat-ayat al-quran.

7. Pengamal membaca ayat al-quran secara terbalik.

8. Pengamal memberi syarat yang bercanggah pada aqidah,syariah dan akhlak kepada pesakit.Seperti pesakit wanita perlu bersndirian dengan pengamal.

9. Pengamal mengaitkan amalannya berkaitan dengan amalan rasulullah S.A.w dan al-quran tetapi tiada bukti yang kukuh.

10. Pengamal melakukan ilmu sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa sakit walaupun tidak menggunakan bius. Contohnya pembedahan batin.


AMALAN PEMBEDAHAN BATIN

Kebiasaannya digunakan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka dalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat islam.


APA KATA MEREKA

1. Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya mengantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung,barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2. Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3. Tempoh masa sembuh adalah singkat.


FAKTA DISEBALIK KATA-KATA MEREKA:

1. Tiada bukti kukh daripada al-quran dan hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat islam.

2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakab ilmu hitam,silap mata,perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.

3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini disamping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.

RENUNGAN BERSAMA

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti yang terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“ Tiada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya….”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat dan berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

JIKA ANDA MENDAPATI AMALAN PERUBATAN PENGAMAL BERAGAMA ISLAM INI MENGANDUNGI UNSUR2 PEMUJAAN DAN PERKARA MERAGUKAN, SILA LAPORKAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM BERDEKATAN ANDA SEGERA!!!


Keluaran Khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :BEDAH BATIN HARAM di sisi ISLAM!

Khamis, 24 Mac 2011

Apakah ada asasnya dalam syarak bahawa makhluk halus boleh ditambat, disumbat dalam botol atau dibuang ke sungai atau ke laut. Bolehkah dipercayai?

Soalan
Banyak kali orang menyebut jin telah ditangkap, makhluk halus telah dipenjarakan, toyol telah dimasukkkan ke dalam botol, dibuang ke laut dan berbagai dakwaan lain seperti itu? Apakah ada asasnya dalam syarak bahawa makhluk halus seperti itu boleh ditambat, disumbat dalam botol atau dibuang ke sungai ke laut. Bolehkah dipercayai? Sila jelaskan.
NAUFAL MOHD AMIN
Jeli


Jawapan
Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang budayanya dicambahi dengan pelbagai kepercayaan dan tahayul. Disebarkan dengan berbagai dakwaan yang kebanyakannya ada yang menyalahi hukum syarak.
Masalah makhluk halus adalah masalah kefahaman kepada istilah itu sendiri.
Al-Qurannul karim merujukkannya sebagai syaitan, iblis, jin, ifrit dan beberapa istilah lain dalam hadis yang semuanya merujuk kepada makhluk halus.

Pernah berlaku seketika di zaman Rasulullah s.a.w, ketika baginda mengimamkan solat di Masjidil Haram, tiba-tiba dalam solat itu, kelihatan oleh para sahabat, Rasulullah sedang mengelak daripada sesuatu dan sedang memegang atau menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak. Selesai solat sahabat bertanya Rasulullah s.a.w, mengapakah gerak geri Rasulullah dalam solat tidak pernah dilihat sebelum itu.
Rasulullah menjelaskan kepada mereka, "Bahawa ifrit telah datang kepada ku dengan obor api untuk menganggu solat ku, aku mengelak daripada nyalaan obor api itu dari muka ku dan aku telah menangkapnya dengan tangan. Dan ketika itu aku berazam mengikat ifrit ini pada salah satu tiang di Masjidil Haram, biar selepas itu dilihat dan dimain-mainkan oleh anak-anak kita. Tiba-tiba aku teringat doa Nabi Sulaiman, yang meminta kepada Allah SWT bahawa kekuatan yang ada padanya, boleh menawan, mengangkap dan mengurung makhluk halus ini tidak diberi lagi kepada mana-mana orang, maka aku lepaskan ifrit itu setelah aku terasa lidahnya mula mengena ke lengan aku."

Kejadian ini membolehkan kita mengambil kesimpulan bahawa Nabi Muhammad sendiri pun tidak pernah menangkap atau menambat iblis, jauh sekali memasukkannya ke dalam botol, untuk dibuang ke mana-mana.
Yang berlaku ialah, baginda hendak mengelak dia diganggu, baginda adalan seorang Rasul yang dapat melihat sesuatu yang orang ramai tidak dapat melihatnya.
Baginda menangkap hanya kerana ifrit menganggunya, walaupun Muhammad teringin untuk menambat ifrit, namun mengingatkan doa Sulaiman maka ianya tidak berlaku.
Maka pada saya, soalan saudari tadi tiada asasnya untuk dipercayai hukum syarak.
Lagipun makhluk ini diperbuat daripada api (bukan fizikal). Kuasa api ialah kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok.
Contohnya, kita melihat kuasa x-ray yang boleh melintasi badan kita, melihat gambar tulang rusuk, tulang belakang dan melihat apa yang ada dalam otak.
Malah batu batan yang besar seperti Piramid, juga boleh dilihat apa yang ada di dalamnya dengan menggunakan kuasa cahaya x-tray.
Kalau setakat boleh yang diperbuat daripada kaca yang telus cahaya, bermakna makhluk halus boleh masuk dan boleh keluar, bagaimana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan dalam sesuatu yang bentuknya fizikal?

Botol adalah benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal. Makhluk halus adalah api, dari unsur cahaya, kederasannya adalah sama seperti kederasan cahaya.
Tidak perlu dimasukkan ke dalam botol. Dia boleh masuk dan dia boleh keluar bila-bila masa.
Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad boleh menangkapnya kepada mereka Rasul. Tetapi tidak sabit pada amalan sahabat atau tabiin bahawa mereka boleh menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.

Apa yang ada hanyalah ikhtiar manusia untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w.
Tujuan kita ialah memohon Allah menjauhkan makhluk halus daripada kita.
Di antaranya yang Nabi sebut dalam Surah al-Baqarah, ayat Kursi dan sebagainya.
Dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, insya Allah dengan kehendak Allah, maka makhluk halus akan menjauhkan dirinya atau mengeluarkan dirinya dari badan manusia. Wallahu a'lam.