Penyakit Kencing Manis
by Darussyifa' on Sunday, November 7, 2010 at 2:45pm

Penyakit kencing manis
ataupun DM (Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :
-
Diabetes jenis pertama (I)
-
Diabetes jenis kedua (II)
rujukan lanjut di : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis
Tips kesihatan untuk menghadapi masalah Kencing Manis :
Membuat kawalan paras glukos di dalam badan yang berterusan dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui :
1. Senaman yang dilakukan secara rutin terutamanya dilakukan di kawasan yang bebas daripada pencemaran alam sekitar ;
2. Pengambilan makanan yang seimbang seperti mengurangkan makanan berlemak (seperti kulit ayam, makanan bergoreng dan seumpamanya) serta bergula (termasuklah nasi lemak, ais skrim dan seumpamanya). Dicadangkan untuk membanyakkan makan sayur-sayuran segar, buah-buahan segar dan serat (kekacang, bijirin).
Turut disarankan pemakanan beras putih diganti dengan beras perang, gula putih diganti dengan gula perang, santan pula diganti dengan susu ;
3. Mendapatkan rehat yang mencukupi dengan tidur secara berkualiti.

Ketiga-tiganya amat berkait rapat dengan memastikan BMI (Body Mass Index) berada di paras Berat Badan Ideal.
rujukan lanjutan :
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti
2. http://www.youtube.com/watch?v=yHXPbk69wtM
Tanda-tanda awal penyakit Kencing Manis :
1. Sentiasa dahaga ;
2. Kerap buang air kecil, terutamanya pada waktu malam ;
3. Letih tidak menentu, penat dan sakit kaki ;
4. Rasa gatal pada tangan dan kaki ;
5. Terasa menyucuk-nyucuk pada jari-jari kaki atau tangan ;
6. Luka yang lambat sembuh.
Selain daripada mengamalkan tips kesihatan di atas atau mencuba kaedah perubatan alopati, boleh juga dirawat secara tradisional menggunakan bahan-bahan seperti daun tin, daun betik, akar inai, akar terung masam, daun hempedu bumi dan pokok misai kucing. Sila dapatkan ilmu dan petua penggunaannya daripada mereka yang telah berpengalaman.
Beberapa kombinasi doa yang sesuai diamalkan untuk merawat penyakit ini ialah :
1. Al Fatihah
2. Doa rawatan kencing manis :
3. Doa 'Ilaj Ilahi
Wallahu ta'ala a'lam.
_______
* Pesakit dinasihatkan untuk hadir ke KLINIK DARUSSYIFA' untuk mendapatkan rawatan khusus ;
* Untuk rujukan lanjutan mengenai doa-doa rawatan penyakit, sila dapatkan naskah :
IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA-DOA MUSTAJAB
bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
(Pengasas dan Penasihat Darussyifa')
melalui Cawangan-cawangan Darussyifa' atau membuat TEMPAHAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan