Alhamdulillah... Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah Subahanhu Wata'ala...kerana dengan limpah kurnianya, kami perawat Darussyifa' Banting telah berjaya menyempurnakan Program Qiamullail & Kuliah Subuh sempena Nisfu Sya'ban (Pertengahan Bulan Sya'ban) bagi tahun 1432h. Program tersebut dibimbing oleh perawat senior (Darussyifa' Banting) dan juga salah seorang tenaga pengajar (Darussyifa' Bangi) al-Fadhil Ustaz Haji Towil Bin Haji Juraimi.
(Semua perawat tidur di Pusat Rawatan)
Majlis dimulakan tepat jam 4.00 pagi dengan Solat Sunat Tahajjud & Solat Sunat Taubat 2 rakaat, diikuti Solat Sunat Tasbih 4 rakaat dan Solat Sunat Witir 3 rakaat. Selesai Solat Sunat Subuh, al-Fadhil Ustaz menyampaikan kuliah subuh berkaitan KELEBIHAN NISFU SYA'BAN.
Selesai Kuliah, perawat telah dijamu sarapan pagi (NASI LEMAK & KOPI 'O') yang ditaja oleh Puan Hajjah Che' Nah & Keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan