Mengenai Kami

Foto saya
Adalah sebuah Pusat Rawatan Islam yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa’ yang berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ianya adalah salah sebuah Cawangan Pusat Rawatan yang terdapat di dalam Negeri Selangor yang terletak di atas sebuah tanah persendirian yang diwakafkan oleh Tuan Penasihat Darussyifa’ Banting sendiri iaitu Tuan Haji Saharoni Bin Haji Jamil. Beliau adalah antara anak-anak murid terawal yang diijazahkan pengubatan Islam oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron Din.

Isnin, 21 Mac 2011

Jemputan Walimatul Urus

Assalamualaikum... kepada semua Perawat dan Pengunjung Darussyifa' Banting.. Tuan/Puan dijempur ke Majlis Walimatul urus al-Fadhil USTAZ KHAIRUL MIRZA BIN MISRAN yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 17hb April 2011 (Ahad)
Masa  : 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Lot 5227, Batu 40, Kampung Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor

Untuk makluman, Ust Khairul Mirza adalah anak kepada PENGERUSI Darussyifa' Banting (Hj. Misran Bin Gilampo)
Kehadiran tuan/puan amat dialukan dan semoga dapat menyerikan lagi majlis tersebut, InsyaAllah...

Sekian, Wassalam...

2 ulasan:

  1. Tahniah Ustaz Jepun. Semoga kekal ke akhir hayat. Amin.

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah & Tahniah.... Semoga perkahwinan Ustaz mendapat keberkatan dari Ilahi dunia & akhirat...AMIN...

    BalasPadam